Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini untuk lawatan sehari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.
Pesawat khas baginda mendarat pada jam 11 malam.
Ketibaan Sheikh Tamim, yang menaiki takhta sebagai Emir Qatar yang kelapan pada 25 Jun 2013, disambut oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Baginda merupakan antara pemimpin dunia bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani menghadiri sidang kemuncak tersebut yang bermula di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini dan berakhir Sabtu ini.
Sidang Kemuncak KL bertujuan antara lain, membincangkan dan mencari penyelesaian baharu dan boleh dilaksanakan untuk masalah yang menimpa dunia Islam.
Menghimpunkan pemimpin, cendekiawan, ulama dan pemikir Islam, persidangan itu juga berhasrat untuk menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan negara-negara Islam selain berusaha untuk memulihkan tamadun Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019
Ketibaan Sheikh Tamim, yang menaiki takhta sebagai Emir Qatar yang kelapan pada 25 Jun 2013, disambut oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Foto: Bernama
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.
Mansuh UPSR pada pertengahan tahun tindakan terburu-buru, reaktif - Maszlee
Keputusan sebesar itu, jelas Maszlee lagi, sewajarnya perlu persiapan rapi untuk jangka masa yang panjang.
Beri kelonggaran murid berpakaian bebas di sekolah - Ahli Parlimen Pembangkang
Beberapa MP Pembangkang berkata kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.
Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna biru pantone itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Maszlee tolak lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARACorp
Maszlee menjelaskan buat masa ini beliau lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat ekoran pandemik COVID-19.
Maszlee Malik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Jawatankuasa Penasihat ini ditubuhkan bagi memastikan Mara Corp berperanan sepertimana yang dihasratkan.
Dr Maszlee berhasrat tanding Ketua Bersatu Simpang Renggam
Dr Maszlee Malik berhasrat bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian Bersatu bahagian Simpang Renggam apabila dilihat menyerahkan borang pencalonan, hari ini.
Usah dibesarkan isu peletakan jawatan Dr Maszlee, fokus isu rakyat - Rina
Keputusan adalah terletak di tangan Perdana Menteri dan ianya perlu hormati.
Sering bercanggah dengan Kabinet didakwa punca Maszlee diminta letak jawatan
Keputusan yang dibuat Maszlee untuk meletak jawatan adalah atas kehendak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.