awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empangan Bukit Merah: Kerajaan bersetuju laksana pembenihan awan bantu pesawah

Bernama
Bernama
11/06/2022
04:27 MYT
Empangan Bukit Merah: Kerajaan bersetuju laksana pembenihan awan bantu pesawah
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria sebelum ini berkata pihaknya yakin proses pembenihan awan dapat membantu menurunkan hujan di kawasan terjejas. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Kerajaan bersetuju melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di kawasan tadahan empangan Bukit Merah, Semanggol Kerian, bagi mengatasi isu bekalan air untuk sistem pengairan sawah.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata sistem pengairan yang terjejas itu meliputi 19,058 hektar sawah di bawah Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian dan sebahagian kawasan IADA Pulau Pinang di Sungai Acheh seluas 1,267 hektar.
"Subsektor yang turut mendapat manfaat daripada usaha ini, selain 8,889 orang pesawah di kawasan IADA Kerian dan 1,267 orang pesawah dari kawasan IADA Pulau Pinang, adalah sektor perikanan dan perkilangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ronald Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi-agensi berkaitan dijangka melaksanakan OPA selama tiga hari pada 14 hingga 16 Jun ini, bergantung pada keadaan awan dan kelembapan yang sesuai.
"OPA ini merupakan satu proses untuk menggalakkan pembentukan awan hujan susulan daripada isu penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah yang menjadi sumber utama pengairan pertanian di kawasan tersebut yang mencapai kategori Kritikal Pengairan Tahap 3 iaitu 6.10 meter (20.00 kaki).
"MAFI juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), MET Malaysia, kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk mencari kaedah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu air ini," katanya.
Jumaat lepas media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata pihaknya yakin proses pembenihan awan dapat membantu menurunkan hujan di kawasan terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Empangan Bukit Merah
#Ronald Kiandee
#pembenihan awan
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan