GEORGE TOWN: Empangan Mengkuang yang Diperbesarkan (EMD) dengan kapasiti simpanan maksimumnya dipertingkatkan daripada 22 bilion liter kepada 86.4 bilion liter terkawal dan berkeadaan baik.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K.Pathmanathan dalam kenyataan berkata empangan itu berfungsi sebagai rizab kemarau strategik untuk Pulau Pinang dan sumber air mentah kecemasan bagi mengurangkan impak kejadian banjir melibatkan Sungai Muda, Kedah.
"EMD telah diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Oktober 2020 selepas kapasiti simpanan maksimumnya dipertingkatkan daripada 22 bilion liter kepada 86.4 bilion liter yang merupakan empangan terbesar di Pulau Pinang dalam keadaan baik.
"EMD telah lebih daripada membuktikan (bahawa) ia bernilai kepada Pulau Pinang pada 2022 dan 2023 apabila rizab air mentahnya telah dilepaskan ketika respons kecemasan PBAPP terhadap tiga gangguan bekalan air tidak berjadual besar yang berlaku, berikutan tiga kejadian (banjir) di Kedah," katanya.
Kenyataan itu mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Anthony Santiago mengenai Laporan Pemantauan Paras Empangan Bekalan Air 2022 yang menyenaraikan tujuh empangan berisiko tinggi mendatangkan masalah sumber air kepada Loji Rawatan Air (LRA) dan kawasan sekitar, jika berlaku kegagalan fungsi berikutan faktor cuaca.
Ia melibatkan dua empangan di Kedah iaitu Pedu dan Muda; tiga di Melaka melibatkan Durian Tunggal, Asahan dan Jus; manakala masing-masing satu di Pulau Pinang dan Johor iaitu di Mengkuang serta Linggiu.
Pathmanathan berkata tanpa EMD, kesan insiden di Sungai Muda akan menjadi lebih gawat bagi majoriti pengguna air Pulau Pinang kerana jangka masa panjang yang diambil untuk memulihkan bekalan air.
Beliau berkata keputusan kerajaan negeri untuk menerima semula EMD pada September 2020 sebelum Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) siap sepenuhnya, terbukti sebagai keputusan yang strategik.
Selain itu katanya kapasiti pelepasan akan ditingkatkan daripada 300 juta liter sehari (JLH) kepada 600 JLH tahun depan.
"Kita tidak sabar menantikan siap sepenuhnya MDEP bernilai RM1.2 bilion oleh kerajaan Persekutuan," katanya dan menambah antara yang belum selesai ialah pemasangan saluran paip untuk menaik taraf kapasiti pelepasan kepada 600 JLH dan pembinaan rumah pam 440 JLH baharu di Sungai Muda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Empangan Mengkuang yang Diperbesarkan (EMD) dengan kapasiti simpanan maksimumnya dipertingkatkan daripada 22 bilion liter kepada 86.4 bilion liter terkawal dan berkeadaan baik. - Gambar fail/BERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.