HULU TERENGGANU: Empat beranak berdepan detik cemas apabila bumbung rumah yang mereka diami tercabut dalam kejadian ribut yang turut memusnahkan 81 rumah di Perumahan Padang Setengge, Kuala Berang, di sini petang semalam.
Suri rumah Nurliza Abu Bakar, 40, berkata ketika kejadian pada pukul 6 petang itu beliau bersama suami Noorzihan Yahya,44, dan dua anak mereka Mohd Akmal Fariduddin,11, dan Nur Aleesya Elvina,6, sedang menonton televisyen.
"Kejadian berlaku sekelip mata. Mulanya kami terdengar bunyi yang sangat kuat di bahagian atas rumah sebelum melihat bumbung bahagian hadapan rumah tercabut dan diterbangkan angin. Sebahagian bumbung tersebut terpelanting ke rumah jiran.
"Angin sangat kuat sehingga tingkap rumah pun pecah. Detik cemas itu berlaku tidak sampai lima minit pun tetapi cukup menakutkan dan kami hanya mampu berpelukan sesama sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau langsung tidak menduga berlaku ribut memandangkan pada ketika itu hujan tidak berapa lebat.
Sementara itu suri rumah Nadiah Mohd, 42, berkata ketika ribut melanda beliau berada di luar rumah dan melihat sendiri di depan mata bumbung beberapa buah rumah berterbangan manakala beberapa pokok tumbang.
Katanya ribut kuat tersebut merupakan kejadian kedua berlaku selepas bencana yang sama pada 2010.
"Berbanding semalam, kejadian ribut pada 2010 tidak begitu teruk hanya dua atau tiga rumah sahaja terjejas. Semalam, saya berada di luar rumah dan nampak bumbung rumah jiran terhempas ke rumah saya, nasib baik tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya menzahirkan rasa syukur.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata ekoran bencana itu, seramai 268 penduduk terjejas dengan kebanyakan rumah mereka mengalami pelbagai kerosakan.
"Bencana itu turut mengakibatkan beberapa batang pokok tumbang sehingga menghalang laluan utama di kawasan perumahan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu katanya, kejadian ribut itu turut merosakkan 157 rumah di beberapa kawasan di Kuala Terengganu dan 59 rumah di Marang.
Tinjauan Bernama di Perumahan Padang Setengge pagi tadi mendapati kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan pokok tumbang sedang giat dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Majlis Daerah Hulu Terengganu dan pihak bomba serta penduduk yang terjejas yang sibuk membersihkan rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021
Beberapa penduduk bergotong-royong mengalihkan pokok yang tumbang akibat ribut ketika tinjauan di Perumahan Padang Setengge hari ini. - Bernama
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.
244 rumah rosak akibat ribut di Kemaman
Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Taufan Krathon: Taiwan batal semua penerbangan domestik pada Rabu
Dengan bahagian luar Taufan Krathon bergerak ke arah utara-timur laut melintasi selatan-barat daya Taiwan, semua penerbangan domestik pada Rabu dibatalkan.
'Tropical Depression' dijangka bertambah kuat, ancam Taiwan - CWA
Memandangkan keadaan persekitaran yang kondusif untuk perkembangannya, TD22 diramal mencapai sekurang-kurangnya tahap taufan.