Tempat itu dipenuhi orang ramai termasuk anggota polis bantuan, namun tiada siapa menyedari perbuatan dua wanita yang menekup muka Kim Jong Nam dengan kain mengandungi cecair beracun.
Tiada siapa, pastinya, kecuali empat warga Korea Utara yang duduk di sebuah restoran berhampiran menyaksikan keseluruhan insiden itu.
Sumber syarikat penerbangan memberitahu Bernama, mereka berlepas dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada 9.50 pagi, kira-kira sejam selepas pembunuhan itu.B
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
BACA: Rakaman CCTV detik-detik akhir Kim Jong Nam disiar media antarabangsa
BACA: Polis siasat penyebaran rakaman CCTV Jong Nam di klia2
Seorang pelayan restoran berkata dia dan rakan setugasnya tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.
"Ketika itu waktu puncak. Saya tidak fikir ada antara kami yang memberikan perhatian khas kepada mana-mana orang. Kami hanya menyedari keempat-empat mereka berada di restoran kami selepas melihat rakaman CCTV," katanya.
Seluruh kawasan itu diliputi CCTV yang membolehkan polis mengesan dua wanita itu.
Juga daripada rakaman CCTV polis mengenal pasti empat suspek warga Korea Utara itu yang duduk kira-kira 50 meter dari kedudukan Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, semasa Jong Nam diserang.
Jadi, kenapa wanita berkenaan melakukan tindakan itu dan di tempat yang disedari mereka bahawa perbuatan mereka itu akan dirakamkan?
Lagipun, hasil pemerhatian dua pemberita Bernama ini, kedudukan CCTV dapat dilihat dengan jelas oleh orang awam, dan ia meliputi kawasan kaunter maklumat dan daftar masuk, tempat perbuatan itu dilakukan pada kira-kira 8.20 pagi Isnin.
BACA: Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
BACA: Menelusuri riwayat Kim Jong Nam: Siapa dan mengapa?
BACA: Wisma Putra arah Duta Malaysia pulang, panggil Duta Korea Utara beri penjelasan
Jenayah itu dilakukan di aras tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada jarak kira-kira 50m dari kaunter maklumat dan restoran bersebelahannya.
Ia hanya mengambil masa 2.33 saat untuk meracuni Jong Nam, yang meminta bantuan di kaunter maklumat itu sebelum dibawa ke klinik perubatan Menara di aras dua.
Menjejaki laluan digunakan Jong Nam dan dengan mengambil kira keadaannya, kami mendapati beliau perlukan 10 hingga 15 minit untuk turun ke aras dua dari aras tiga dengan melalui aras 2M.
Bagi dua wanita itu, pergi ke aras tiga untuk ke stesen teksi mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit.
Ini dengan mengandaikan bahawa mereka sudah biasa dengan kawasan klia2, yang amat besar dan mengelirukan dengan terdapat banyak eskalator menuju ke lokasi berbeza.
Menurut laporan, dua wanita itu memberitahu polis mereka telah berlatih beberapa kali melakukan tindakan menekup muka Jong-nam dengan kain dan kemudian melarikan diri, mempercayai semua itu hanya untuk main-main.
Keempat-empat lelaki itu dipercayai dalang pembunuhan dan disahkan telah keluar dari negara ini dan dilaporkan sudah berada di Korea Utara.
Imigresen Indonesia menyatakan keempat-empat mereka telah berlepas dari Jakarta ke Dubai pada 10.20 malam waktu tempatan pada Isnin.
Jong Nam sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau semasa beliau diserang.
Jong Nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 20 2017

Imigresen Indonesia menyatakan keempat-empat mereka telah berlepas dari Jakarta ke Dubai pada 10.20 malam waktu tempatan pada Isnin. - Foto PDRM
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang
Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.

Kaunselor Kedutaan Korea Utara marah gambar dirakam media
Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-song berang apabila pengamal media merakamkan gambarnya yang sedang meletakkan sampah di hadapan kedutaan itu malam tadi.

Pembunuhan Jong Nam: Kedutaan Korea Utara belum beri kerjasama - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak menerima maklumat daripada kedutaan mahupun kerajaan Korea Utara berhubung tujuh individu yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Pembunuhan Jong Nam: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan - Khalid
Polis belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa dua suspek yang dicari untuk membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam sedang 'bersembunyi'di Kedutaan Korea Utara di sini.

Infografik: Siapa Kim Jong-Nam?
Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tiada kecederaan dikesan pada tubuh Kim Jong Nam - KKM
Kementerian Kesihatan mendedahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan suntikan atau kecederaan pada tubuh Kim Jong Nam.

Empat berlepas dari KL sejam selepas pembunuhan Jong Nam - Sumber
Keempat-empat lelaki yang dipercayai dalang pembunuhan Kim Jong Nam disahkan telah keluar dari negara ini dan dilaporkan sudah berada di Korea Utara.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.

Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Empat suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian dia dibunuh.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis
Ini kerana berlaku percanggahan dan kekeliruan dalam kenyataan yang dikeluarkan pasca pembunuhan Kim Jong Nam.