SEREMBAN: Empat daerah di Negeri Sembilan dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan beberapa jam sejak petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata kawasan berkenaan melibatkan Rumah Murah Bahau, Jempol; Empangan Gemencheh, Tampin dan Felda Titi, Jelebu; serta Kampung Bembang Panas Rumah Mesra Rakyat, Kuala Pilah.
"Di Jempol melibatkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga, satu keluarga (Tampin), dua keluarga (Kuala Pilah) manakala di Jelebu tiada mangsa dilaporkan, namun jalan utama ke kuaters Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar Jelondon dan Felda Titi, runtuh akibat hakisan air sungai," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Beliau berkata keadaan masih terkawal dan air telah mulai surut sepenuhnya, serta tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa memaklumkan, jalan di Felda Titi-Jelondong yang runtuh siang tadi itu ditutup mulai 9 malam kepada semua kenderaan kecuali motosikal, kerana berisiko untuk runtuh sepenuhnya.
"Keadaan cuaca hujan mulai renyai dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa. Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini, dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Keadaan banjir di Negeri Sembilan disifatkan masih terkawal dan air telah mulai surut sepenuhnya, serta tiada pusat pemindahan sementara dibuka. - Gambar hiasan/ Bernama
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Empat daerah di Negeri Sembilan terkesan banjir kilat
Empat daerah di Negeri Sembilan dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan beberapa jam sejak petang tadi.
Polis siasat kehilangan pendawaian sistem amaran banjir di Gemas
Polis sedang menyiasat berhubung kehilangan pendawaian sistem siren amaran banjir dalam kotak siren yang berada di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Taman Sungai Gemas.
Banjir: LRA Pantai, Lakai di N. Sembilan alami kerosakan infrastruktur - SAINS
Dua Loji Rawatan Air (LRA) Pantai, Seremban dan Lakai, Jelebu masih belum dapat beroperasi kerana mengalami kerosakan infrastruktur akibat banjir baru-baru ini.