awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2017
12:37 MYT
Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa
Mahkamah menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Empat daripada 19 suspek yang dipercayai terlibat dalam cubaan melakukan serangan ketika majlis penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Semua mereka yang bekerja sebagai buruh binaan itu didakwa merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh di hadapan Hakim Surita Budin.
Mengikut pertuduhan, Hajar Abdul Mubin, 25, yang merupakan perancang utama, didakwa sebagai ahli Abu Sayyaf beralamat di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras antara tahun 2010 dan 30 Ogos, 2017.
Sementara itu, tiga pengikutnya Ahmad Omar, 52, Jaffar Ahmad, 26, dan Abdul Syamir Dabilin, 25, didakwa dengan sengaja menyembunyikan maklumat berhubung kesalahan itu, ketika mereka terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat antara 2008 hingga 30 Ogos, 2017.
Tiada jaminan ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria kepada semua tertuduh.
Mahkamah menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#KL2017
#Kuala Lumpur
#Mahkamah Sesyen
#menyembunyikan maklumat
#serang
#Sukan SEA
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan