Polis telah menahan empat orang berkaitan dengan kes penculikan di Singamata Reef Resort Semporna , Sabah.
Menurut Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam satu laporan akhbar The Star, polis telah menahan tiga lelaki dan seorang wanita untuk disoal siasat pada Khamis untuk membantu siasatan.
"Kami sedang mendapatkan kenyataan mereka dan meneruskan siasatan kami," Hamza dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, polis masih belum mendapatkan sebarang maklumat yang boleh membantu menyelesaikan kes itu.
Pelancong China Gao Huayuan, 29, pekerja resort dari Filipina Marcy Darawan @ Mimi , 40, telah diculik dari resort itu kira-kira jam 10.30 malam pada 2 April.
Tiga lelaki bersenjata memakai topeng telah dilihat memasuki resort dengan empat yang lain menunggu di atas bot dan di bawah dek dalam serbuan 30 minit itu.
Polis percaya tujuh lelaki bersenjata tergolong dalam kumpulan 'menculik untuk tebusan' dari Filipina Selatan, namun demikian tiada sebarang tuntutan wang tebusan setakat ini.
Kedua-dua mangsa itu dipercayai telah dibawa merentasi perairan antarabangsa dan kini berada di Filipina.
Gao ialah pelajar dari Shanghai yang datang ke Sabah untuk kursus menyelam. Polis berkata beliau mungkin mangsa rawak.
Polis dilaporkan menemu bual 49 kakitangan resort dan 61 tetamu - termasuk 59 pelancong China, satu warganegara Malaysia dan satu warga Iran.
Penyiasat berkata "orang dalam" mungkin membantu dalam penculikan dua wanita di resort pulau itu.
Semporna adalah sebuah bandar pantai di pantai timur Sabah, yang dilindungi di bawah Timur Zon Keselamatan Sabah ( ESSZONE ) yang ditubuhkan berikutan pencerobohan Lahad Datu oleh lelaki bersenjata Sulu pada Februari tahun lepas .
Astro Awani
Fri Apr 04 2014
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat ditahan dalam kes penculikan Semporna
Empat orang telah ditahan berkaitan dengan kejadian penculikan di Singamata Reef Resort Semporna, Sabah.