awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud

Bernama
Bernama
15/01/2025
15:43 MYT
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Zulkafli berkata tangkapan melibatkan individu berusia antara 27 hingga 52 tahun itu dilakukan dalam beberapa serbuan berasingan yang dijalankan sejak 10 hingga 14 Jan lepas. - Gambar hiasan/Unsplash
IPOH: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata tangkapan melibatkan individu berusia antara 27 hingga 52 tahun itu dilakukan dalam beberapa serbuan berasingan yang dijalankan sejak 10 hingga 14 Jan lepas.
"Serbuan dijalankan hasil laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar pada 8 Jan lepas mengenai seorang lelaki berusia 22 tahun yang mendakwa ditipu sindiket itu.
"Kesemua suspek ditahan di lokasi berasingan sekitar Gemencheh (Negeri Sembilan), Setapak (Kuala Lumpur) dan Langkawi (Kedah). Turut dirampas lima telefon bimbit, tujuh kad pelbagai bank, dua komputer dan dua alat cetak yang dipercayai digunakan bagi tujuan penipuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulkafli berkata sindiket itu dipercayai mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit dengan memperdaya mangsa menerusi iklan jualan nombor pendaftaran kenderaan palsu di Perak, Selangor, Kedah dan Johor melalui media sosial.
"Berdasarkan semakan nama syarikat dan nombor akaun yang digunakan, sindiket itu didapati terlibat dalam lapan laporan dengan nilai kerugian kira-kira RM71,400. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman hingga 17 Jan ini untuk siasatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#sindiket
#Telefon bimbit
#nombor akaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan