MALAYSIA
Empat hari hidu bau busuk bongkar penemuan mayat jiran
Pihak polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas di Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, Selangor pada Jumaat. -Sinar Harian
AMPANG: Tidak tahan menghidu bau busuk sejak empat hari pulang daripada menyambut Hari Raya Aidiladha membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas di Jalan Pandan Indah, di sini, pada Jumaat.
Ringkasan AI
Bau yang kuat dari sebuah rumah teres dua tingkat dihidu oleh jiran tetangga, lalu membawa kepada penemuan mayat wanita berusia 76 tahun itu pada jam 6.26 petang.
Seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 34, berkata, bau tersebut mula disedari sejak Isnin, iaitu sejurus dia tiba semula di Kuala Lumpur selepas beraya di kampung.
Menurutnya, rumah beliau dan rumah bapanya terletak bersebelahan dengan rumah mangsa.
“Bukan saya sahaja yang menghidu bau itu, malah jiran lain juga ada memaklumkan perkara sama.
“Mereka juga beritahu bahawa anak mangsa tidak kelihatan pulang ke rumah, namun pada awalnya kami menyangka anaknya akan balik kemudian.
“Namun, selepas tiga hari bau menjadi semakin kuat,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Tambahnya, beliau bersama ayah dan jiran-jiran lain kemudian memeriksa kawasan rumah tersebut dan mendapati pintu pagar tidak berkunci.
“Kami cuba mencari punca bau, sangka mungkin bangkai tikus, tetapi tidak jumpa. Kami kemudian buka pintu rumah – yang juga tidak berkunci – dan ternampak wanita warga emas itu sudah terbaring serta ditutupi rapi,” jelasnya.
Menurut Along lagi, mangsa tinggal bersama anak bongsu lelakinya dan kebiasaannya akan meminta makanan daripada jiran sekiranya lapar sementara menunggu anaknya pulang.
“Selepas menemui mayatnya, saya segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan mayat wanita warga emas itu pada jam 6.30 petang.
Beliau berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5 petang, Sabtu, bagi menentukan punca kematian. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Mayat seorang wanita warga emas berusia 76 tahun ditemui di rumahnya di Jalan Pandan Indah selepas jiran menghidu bau busuk selama empat hari sejak pulang dari sambutan Hari Raya Aidiladha.
- Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan ditutupi rapi di dalam rumah yang tidak berkunci, dipercayai tinggal bersama anak bongsunya yang tidak kelihatan sejak beberapa hari.
- Polis menerima laporan pada jam 6.30 petang Jumaat dan bedah siasat dijadualkan di Hospital Kuala Lumpur bagi menentukan punca kematian.