Empat hotel di negeri ini telah diberikan nasihat sewajarnya oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor kerana didapati mengenakan larangan pemakaian tudung terhadap kakitangan wanitanya yang ditugaskan di bahagian perkhidmatan pelanggan.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R. Vidyanathan berkata nasihat dikeluarkan susulan pemeriksaan berkanun ke atas 15 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di sekitar Johor Bahru pada 24 Nov lepas.
"Hasil dapatan (pemeriksaan) menemukan 11 hotel membenarkan pemakaian tudung terhadap kakitangan di bahagian perkhidmatan pelanggan, manakala empat hotel selebihnya telah mengenakan larangan pemakaian tudung.
"Akibatnya, majikan ini telah diberikan nasihat sewajarnya dan jika ingkar, notis pematuhan akan dikeluarkan kepada majikan-majikan berkenaan agar isu ini tidak berlarutan pada masa datang," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.
Vidyanathan berkata dasar hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung jelas bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan semua orang adalah sama rata dan tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan berbeza agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina.
Menurut beliau, Perkara 11 perlembagaan sama juga memperuntukkan seseorang berhak untuk bebas menganuti dan mengamalkan agamanya.
"Selain Perlembagaan Persekutuan, Kod Perilaku Keharmonian Perindustrian yang merupakan perjanjian bersama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia telah menyatakan bahawa menjadi kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan keharmonian di tempat pekerjaan.
"Sekiranya terdapat mana-mana pekerja wanita Islam diberhentikan kerja atas sebab memakai tudung, mereka boleh memfailkan representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam tempoh 60 hari dari tarikh diberhentikan," katanya.
Beliau menambah mangsa diskriminasi juga boleh membuat aduan di mana-mana pejabat cawangan JTK yang berhampiran bagi tindakan lanjut.
Vidyanathan menegaskan kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan perpaduan dan menggunakan Muafakat Johor dalam segala aspek pentadbiran dan pembangunan negeri dan tidak mahu sama sekali isu sebegini menjejaskan keharmonian antara kaum.
Oleh itu, dalam dasar pengambilan pekerja tempatan yang kini dalam peringkat pelaksanaan oleh Unit Swasaya Insan Johor, beliau juga menjamin isu ini akan diambil kira bagi memastikan tiada diskriminasi turut dilaksanakan majikan dalam proses mengambil pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017

Sekiranya terdapat mana-mana pekerja wanita Islam diberhentikan kerja atas sebab memakai tudung, mereka boleh memfailkan representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam tempoh 60 hari dari tarikh diberhentikan. - Gambar hiasan

Media belum disenaraikan dalam barisan fasa pertama vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Jawatankuasa Jaminan Akses telah mewujudkan jabatan kecil bagi melihat permohonan-permohonan seperti daripada pengamal media. Bagaimanapun mesyuarat akan diadakan Khamis ini dan segala perkembangan terkini mengenai permohonan itu akan dimaklumkan kepada media

Khairy Jamaluddin batalkan temujanji cubaan pemotongan barisan vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, mungkin perkara itu tidak disengajakan iaitu terdapat tempat yang cuba menjadualkan mereka tidak berdaftar dalam senarai fasa pertama dan beliau telah batalkan temujanji itu. Jelasnya, semua aduan berkaitan pemotongan barisan bagi mendapatkan vaksin #COVID19 telah disiasat.

AWANI Ringkas: Kerajaan cadang perluas kerja dari rumah

Pemimpin negara rakam penghargaan sempena Hari Wanita
Nenek, ibu, kakak, isteri, antara wanita yang pernah menghiasi kehidupan ramai orang dan tidak dinafikan, jasa mereka tidak terkira banyaknya.

Vaksin COVID-19: Tiada kes kesan sampingan serius dilaporkan
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, tidak ada kes-kes serius dilaporkan dalam kalangan 139,720 barisan hadapan yang menerima vaksin #COVID19 manakala kesan sampingan dalam kalangan komuniti pula tidak membimbangkan. Kata beliau, kebanyakan aduan yang diterima adalah mengalami sakit-sakit di bahagian lengan.

Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun dengan mengacu pisau di leher
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa.

Hari Wanita 2021 | Memperkasakan wanita
Bersama di talian, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagi membincangkan isu berkenaan.

Penglibatan pengamal perubatan am, swasta dalam agihan vaksin
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu diambil bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin kepada rakyat dengan lebih meluas. Kata beliau, penglibatan golongan itu bagi pelaksanaan Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan Fasa Kedua iaitu selepas April hingga Ogos 2021 dan Ketiga pada Mei 2021 hingga Februari 2022.
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894222/17218729941615182160911_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Malaysia akan tandatangan tambahan bekalan daripada Pfizer, minggu ini
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, Pfizer bagi membekalkan 32 juta dos bersamaan 50 peratus populasi penduduk negara. Dalam masa sama, penghantaran bekalan dos vaksin Pfizer pada 11 Mac 2021, manakala Sinovac pula 100,000 dos pada 12 Mac dan 100,000 dos lagi pada 19 Mac.

Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor
Nasihat dikeluarkan susulan pemeriksaan berkanun ke atas 15 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di sekitar Johor Bahru pada 24 Nov lepas.