awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu beri keterangan bantu siasatan kes Persiaran Chin Peng

Bernama
Bernama
12/12/2014
00:22 MYT
Empat individu beri keterangan bantu siasatan kes Persiaran Chin Peng
Empat individu dipanggil bagi membantu siasatan penyebaran khabar angin pertukaran nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng.
Polis telah memanggil empat individu untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran khabar angin mengenai pertukaran nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata antara yang telah dipanggil ialah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.
"Berdasarkan siasatan, polis percaya akan merekodkan keterangan daripada beberapa pihak lagi dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Kes disiasat kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Ikrar Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Khamis lepas, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai membuat laporan polis berhubung khabar angin yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pertukaran nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng.
Rafizal pada 2 Dis lepas dilaporkan berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dalaman pejabat Ketua Menteri, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sidang akhbarnya pada 3 Dis lepas menegaskan Persiaran Gurney di sini akan kekal dengan nama berkenaan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Abdul Rahim berkata polis turut membuka kertas siasatan menurut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 bagi kes majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini.
Katanya ia berikutan majlis yang diadakan pada 29 Nov lepas itu dijalankan oleh sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).
"Selain disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, polis juga buka kertas siasatan menurut Akta Pertubuhan kerana pertubuan itu tidak berdaftar," katanya.
Beliau berkata setakat ini seramai 25 individu telah direkodkan keterangan dengan 24 laporan polis oleh pelbagai pihak berhubung kes berkenaan.
Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam itu yang dianjurkan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia.
Topic Berkaitan
#PDRM
#persiaran chin peng
#Persiaran Gurney
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan