awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu ditahan bantu siasatan pergaduhan antara keluarga

Bernama
Bernama
03/11/2025
06:50 MYT
Empat individu ditahan bantu siasatan pergaduhan antara keluarga
Kes disiasat di bawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan selepas laporan dibuat oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa diserang.
SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan antara keluarga dipercayai membabitkan seorang pempengaruh semalam.

Ringkasan AI
  • Polis tahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan keluarga di Teluk Pulai, Klang, dipercayai melibatkan seorang pempengaruh.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan selepas laporan dibuat oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa diserang hingga cedera di tangan dan wajah.
  • Polis minta orang awam tampil beri maklumat dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkata kesemua yang berusia antara 22 hingga 59 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun pada hari sama.
Beliau berkata dalam laporan itu, lelaki terbabit menyatakan berlaku perselisihan faham dan pergaduhan antara dia dan keluarga isterinya di satu kawasan perumahan di Teluk Pulai, Klang pada 2.40 petang.
"Rentetan laporan itu, polis menahan empat individu berkenaan dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Kamalariffin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerusi talian 03-33762 222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang pempengaruh dan usahawan telah membuat laporan di Balai Polis Klang, petang semalam berhubung dakwaan diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah oleh empat individu dikenalinya, di hadapan rumah kakaknya di Teluk Pulai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#empat lelaki ditahan
#pergaduhan keluarga
#pempengaruh
#Polis Daerah Klang Selatan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan