MALAYSIA
Empat individu ditahan bantu siasatan pergaduhan antara keluarga
Kes disiasat di bawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan selepas laporan dibuat oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa diserang.
SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan antara keluarga dipercayai membabitkan seorang pempengaruh semalam.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkata kesemua yang berusia antara 22 hingga 59 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun pada hari sama.
Beliau berkata dalam laporan itu, lelaki terbabit menyatakan berlaku perselisihan faham dan pergaduhan antara dia dan keluarga isterinya di satu kawasan perumahan di Teluk Pulai, Klang pada 2.40 petang.
"Rentetan laporan itu, polis menahan empat individu berkenaan dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Kamalariffin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerusi talian 03-33762 222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang pempengaruh dan usahawan telah membuat laporan di Balai Polis Klang, petang semalam berhubung dakwaan diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah oleh empat individu dikenalinya, di hadapan rumah kakaknya di Teluk Pulai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis tahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan keluarga di Teluk Pulai, Klang, dipercayai melibatkan seorang pempengaruh.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan selepas laporan dibuat oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa diserang hingga cedera di tangan dan wajah.
- Polis minta orang awam tampil beri maklumat dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.