CHUKAI: Empat individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta Proton Persona di Jalan Terengganu-Jabor, dekat sini petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohd Hafiezul Mohamad berkata kejadian tersebut turut menyebabkan lapan individu termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan.
"Dalam kereta yang pertama, dua perempuan dewasa dan seorang bayi maut, manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.
"Dalam kereta yang kedua pula, seorang lelaki dewasa maut dan empat lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya proses mengeluarkan kesemua mangsa yang maut dan cedera baru sahaja selesai, bagaimanapun identiti mereka masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
Empat individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta Proton Persona di Jalan Terengganu-Jabor, petang tadi. - BERNAMA/JBPM
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat individu termasuk bayi maut dalam kemalangan di Kemaman
Empat individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta Proton Persona di Jalan Terengganu-Jabor, petang tadi.