awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat jam sesat di Gunung Stong

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2023
23:00 MYT
Empat jam sesat di Gunung Stong
Mohd Faizal (dua, kiri) ditemui selamat di kaki Gunung Stong selepas sesat empat jam. - Foto ihsan JBPM
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang tersesat selama empat jam ditemui selamat di kaki Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai pada Ahad.
Mohd Faizal Hasim, 38, dikatakan mendaki gunung itu pada jam 9 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan di talian 999 pada jam 10.45 pagi.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Jefre Che Harun berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke gunung itu selepas dimaklumkan mangsa sesat seorang diri di hutan gunung berkenaan.
"Operasi turut dibantu empat anggota polis dan tiga malim gunung," katanya di sini pada Ahad.
Mohamad Jefre memaklumkan, sebelum kejadian lelaki itu dilaporkan menaiki kereta api dari Stesen Kereta Api Pasir Mas kira-kira jam 4.20 pagi dan tiba di Stesen Kereta Api Dabong pada jam 7 pagi.
Menurutnya, mangsa selepas itu singgah bersarapan di kawasan berdekatan.
"Difahamkan mangsa kemudian berjalan kaki sejauh lapan kilometer untuk mendaki Gunung Stong sementara menunggu ketibaan kereta api ke Kuala Lipis pada sebelah petang," katanya.
Mohd Faizal ditemui pada jam 12.40 tengah hari. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gunung Stong
#Mohd Faizal Hasim
#daki gunung
#sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan