[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Empat kanak-kanak hilang dalam hutan di Simunjan

Bernama 25/02/2018 | 04:31 MYT
BBP Simunjan telah menggerakkan aset bersama lima anggota ke lokasi kejadian di sebuah hutan di Kampung Telagus, bagi menjejaki kanak-kanak yang hilang. - Gambar hiasan
Empat kanak-kanak berusia antara 10 dan 14 tahun dikhuatiri hilang selepas melarikan diri ke dalam hutan sejak petang semalam di Kampung Telagus, Simunjan kira-kira 100 kilometer dari sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata terdahulu kanak-kanak itu masing-masing dua lelaki dan dua perempuan dimarahi oleh anggota keluarga selepas mandi sungai sebelum bertindak melarikan diri.

"Pada 8.23 pagi tadi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan telah menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan berhubung kejadian tersebut.

"BBP Simunjan telah menggerakkan aset bersama lima anggota ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata setakat 10.15 pagi tadi, kesemua empat kanak-kanak tersebut masih belum ditemui.

-- BERNAMA



#bomba #hilang #hutan #JBPM #Kanak-kanak #kecemasan #operasi #Sarawak #Simunjan #Tiong Ling Hii