Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Empat kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

SERIAN, 4 Sept - Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman, hari ini. Daerah Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 setakat 10 pagi ini, sekali gus berada pada tahap sangat berbahaya akibat jerebu rentas sempadan. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Empat kawasan di Sarawak merekodkan IPU tidak sihat setakat 9 pagi, dengan Serian tertinggi pada 178, diikuti Kuching, Samarahan dan Sri Aman. - Gambar hiasan/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 178.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di negeri itu yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (166), Samarahan (165) dan Sri Aman (163).

Sementara itu, 61 kawasan di seluruh negara mencatatkan tahap bacaan sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (73); Kota Kinabalu, Sabah (63); Balik Pulau, Pulau Pinang (55); dan Kangar, Perlis (52), manakala 3 kawasan lagi merekodkan bacaan baik. 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement