MALAYSIA
Empat kelas, pejabat SK Baling musnah dalam kebakaran
Kebakaran dipercayai bermula dari bilik pejabat sebelum merebak ke bilik darjah. -Foto Astro AWANI
BALING: Sebuah blok bangunan dua tingkat yang menempatkan empat bilik darjah dan satu ruang pejabat di Sekolah Kebangsaan (SK) Baling musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Faizal Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 pagi sebelum sepasukan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling digegaskan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba, api sedang marak dan kepulan asap tebal dapat dilihat sejauh dua kilometer.
"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran air dari bahagian atas bangunan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Operasi turut dibantu oleh anggota dari BBP Sik, BBP Pengkalan Hulu, Perak serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.
Menurut Mohd Faizal, ketika kejadian hanya seorang kakitangan sekolah berada di pejabat dan berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Tiada murid atau guru lain berada di sekolah kerana kejadian berlaku pada hari cuti hujung minggu di Kedah.
“Cabaran utama kami adalah bekalan elektrik yang masih aktif dan menghasilkan percikan api, selain faktor angin yang kuat menyebabkan api merebak dengan pantas,” katanya.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari bilik pejabat sebelum merebak ke empat bilik darjah di tingkat dua bangunan berkenaan.
Pejabat sekolah musnah hampir 90 peratus manakala bilik darjah mengalami kerosakan sekitar 40 peratus.
Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Sekolah Kebangsaan Baling mengalami kebakaran, menyebabkan blok dua tingkat yang mengandungi empat bilik darjah dan satu pejabat musnah.
- Operasi pemadaman melibatkan 24 anggota Bomba dan Penyelamat, dengan api marak dan kepulan asap tebal dilihat sejauh dua kilometer.
- Kebakaran dipercayai bermula dari bilik pejabat sebelum merebak ke bilik darjah, tanpa kehadiran murid atau guru kerana kejadian berlaku pada cuti hujung minggu.
Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Faizal Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 pagi sebelum sepasukan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling digegaskan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba, api sedang marak dan kepulan asap tebal dapat dilihat sejauh dua kilometer.
"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran air dari bahagian atas bangunan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Operasi turut dibantu oleh anggota dari BBP Sik, BBP Pengkalan Hulu, Perak serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.
Menurut Mohd Faizal, ketika kejadian hanya seorang kakitangan sekolah berada di pejabat dan berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Tiada murid atau guru lain berada di sekolah kerana kejadian berlaku pada hari cuti hujung minggu di Kedah.
“Cabaran utama kami adalah bekalan elektrik yang masih aktif dan menghasilkan percikan api, selain faktor angin yang kuat menyebabkan api merebak dengan pantas,” katanya.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari bilik pejabat sebelum merebak ke empat bilik darjah di tingkat dua bangunan berkenaan.
Pejabat sekolah musnah hampir 90 peratus manakala bilik darjah mengalami kerosakan sekitar 40 peratus.
Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah bilik darjah yang terdapat di bangunan SK Baling yang musnah dalam kebakaran?
A: Empat bilik darjah di bangunan SK Baling musnah dalam kebakaran. - Q: Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh pasukan bomba semasa operasi pemadaman kebakaran di SK Baling?
A: Cabaran utama adalah bekalan elektrik yang masih aktif dan menghasilkan percikan api, serta faktor angin yang kuat menyebabkan api merebak dengan pantas. - Q: Siapakah yang berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan ketika kebakaran berlaku di SK Baling?
A: Seorang kakitangan sekolah berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan ketika kebakaran berlaku di SK Baling.