MALAYSIA
Empat lagi mayat mangsa bot karam di perairan Langkawi ditemukan
Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand menemukan empat lagi mayat di sini hari ini. - Foto Bernama
LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di sini menemukan empat lagi mayat hari ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Penemuan itu menjadikan 16 mangsa yang maut telah ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat negara ini setakat ini, sementara seorang mangsa masih hidup turut ditemukan di kawasan pantai pulau peranginan berkenaan, menjadikan jumlah mangsa yang selamat sebanyak 14 orang.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata operasi yang disambung semula pada 7.30 pagi tadi melibatkan kawasan pencarian dengan keluasan 272.78 batu nautika persegi.
"Penemuan pertama membabitkan mayat seorang lelaki yang ditemukan oleh orang awam berhampiran Pulau Beras Basah kira-kira 10.40 pagi. Bot BENTENG 7 terus ke lokasi dan mayat dibawa ke Jeti Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Selepas itu, KM SIANGIN menemukan satu mayat kanak-kanak lelaki terapung di perairan Tanjung Chincin yang kemudiannya diserahkan kepada bot PERKASA 1226 dan dibawa ke Jeti Teluk Ewa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selang beberapa minit kemudian, KM SIANGIN turut menemukan satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identiti di lokasi sama, mayat berkenaan diserahkan kepada bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk dibawa ke Jeti Teluk Ewa.
"Pada 11.20 pagi, bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaporkan menemukan satu mayat kanak-kanak lelaki di kawasan Tanjung Belua dan mayat telah diserahkan kepada polis," katanya.
Sementara itu, Romli berkata Maritim Malaysia bersama semua agensi yang terlibat kekal komited dalam usaha mengesan mangsa lain yang masih belum ditemukan.
"Walaupun keadaan laut bergelora dan keluasan pencarian menjadi cabaran utama, operasi diteruskan dengan mengutamakan aspek keselamatan serta ketepatan pencarian. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Sebanyak 130 pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi pencarian hari ini dengan kekuatan 11 aset antaranya KM SIANGIN, Bot PETIR 81, Bot PERKASA 1226, Bot BENTENG 7 dan pesawat Bombardier CL 415," katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa Thailand yang turut melakukan operasi mencari dan menyelamat di perairan negara itu setakat ini menemukan sembilan mayat.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Sebanyak empat mayat ditemui dalam operasi CARILAMAT di perairan sempadan Malaysia-Thailand, menjadikan jumlah mangsa maut sebanyak 16 orang, manakala 14 mangsa selamat.
- Penemuan pertama melibatkan mayat seorang lelaki, diikuti dengan penemuan mayat kanak-kanak lelaki dan satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identitinya.
- Seramai 130 pegawai dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, dengan bantuan 11 aset termasuk kapal dan pesawat, sementara pihak berkuasa Thailand turut menemui sembilan mayat dalam operasi mereka.
Penemuan itu menjadikan 16 mangsa yang maut telah ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat negara ini setakat ini, sementara seorang mangsa masih hidup turut ditemukan di kawasan pantai pulau peranginan berkenaan, menjadikan jumlah mangsa yang selamat sebanyak 14 orang.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata operasi yang disambung semula pada 7.30 pagi tadi melibatkan kawasan pencarian dengan keluasan 272.78 batu nautika persegi.
"Penemuan pertama membabitkan mayat seorang lelaki yang ditemukan oleh orang awam berhampiran Pulau Beras Basah kira-kira 10.40 pagi. Bot BENTENG 7 terus ke lokasi dan mayat dibawa ke Jeti Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Selepas itu, KM SIANGIN menemukan satu mayat kanak-kanak lelaki terapung di perairan Tanjung Chincin yang kemudiannya diserahkan kepada bot PERKASA 1226 dan dibawa ke Jeti Teluk Ewa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selang beberapa minit kemudian, KM SIANGIN turut menemukan satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identiti di lokasi sama, mayat berkenaan diserahkan kepada bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk dibawa ke Jeti Teluk Ewa.
"Pada 11.20 pagi, bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaporkan menemukan satu mayat kanak-kanak lelaki di kawasan Tanjung Belua dan mayat telah diserahkan kepada polis," katanya.
Sementara itu, Romli berkata Maritim Malaysia bersama semua agensi yang terlibat kekal komited dalam usaha mengesan mangsa lain yang masih belum ditemukan.
"Walaupun keadaan laut bergelora dan keluasan pencarian menjadi cabaran utama, operasi diteruskan dengan mengutamakan aspek keselamatan serta ketepatan pencarian. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Sebanyak 130 pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi pencarian hari ini dengan kekuatan 11 aset antaranya KM SIANGIN, Bot PETIR 81, Bot PERKASA 1226, Bot BENTENG 7 dan pesawat Bombardier CL 415," katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa Thailand yang turut melakukan operasi mencari dan menyelamat di perairan negara itu setakat ini menemukan sembilan mayat.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah mangsa yang telah ditemui hidup dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand?
A: Seorang mangsa masih hidup telah ditemui, menjadikan jumlah mangsa yang selamat sebanyak 14 orang. - Q: Berapakah jumlah keseluruhan mangsa yang telah ditemui mati dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut sehingga kini?
A: Sebanyak 16 mayat telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat negara ini. - Q: Apa yang dilakukan oleh KM SIANGIN dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut?
A: KM SIANGIN telah menemui satu mayat kanak-kanak lelaki terapung di perairan Tanjung Chincin dan seorang mayat kanak-kanak lelaki di kawasan Tanjung Belua. - Q: Berapakah jumlah pegawai daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada hari tersebut?
A: Sebanyak 130 pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi pencarian, dengan kekuatan 11 aset antaranya KM SIANGIN, Bot PETIR 81, Bot PERKASA 1226, Bot BENTENG 7, dan pesawat Bombardier CL 415. - Q: Apakah jumlah keseluruhan mayat yang telah ditemui oleh pihak berkuasa Thailand dalam operasi mencari dan menyelamat di perairan negara itu?
A: Pihak berkuasa Thailand telah menemui sembilan mayat setakat ini dalam operasi mencari dan menyelamat di perairan negara itu.
#mangsa bot karam
#mayat ditemui
#operasi mencari dan menyelamat
#perairan sempadan Malaysia-Thailand
#Maritim Malaysia
#terkini