NATIONAL
Empat lelaki ahli sindiket along ditangkap di Pulau Pinang

Barangan yang dirampas daripada suspek dalam serbuan yang dijalankan sekitar Pulau Pinang pada Sabtu. -Sinar Harian
GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along selepas menahan empat lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Ringkasan AI
- Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki yang terlibat dalam sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along.
- Suspek mengaku terlibat dengan 33 kes simbah cat di Pulau Pinang, Perak, dan Kedah.
- Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Selain tangkapan, serbuan turut merampas pelbagai barangan antaranya sebuah kereta Toyota Vios, lima telefon bimbit, topeng muka, cat merah serta dokumen dan pelbagai peralatan berkaitan kegiatan jenayah terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dengan 33 kes simbah cat yang berlaku di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas telefon bimbit yang dirampas menemukan 33 alamat sasaran lokasi kejadian simbah cat yang dipercayai dilakukan oleh suspek di lokasi berasingan.
"Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami