awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki Bangladesh disyaki 'ulat' emas dan telefon pintar ditahan di KLIA

Bernama
Bernama
08/08/2025
13:53 MYT
Empat lelaki Bangladesh disyaki 'ulat' emas dan telefon pintar ditahan di KLIA
Penahanan suspek di Terminal 1 KLIA itu dibuat hasil kerjasama, risikan awal dan pemprofilan oleh Keselamatan Penerbangan (AVSEC). - AKPS
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan empat lelaki Bangladesh semalam, disyaki terlibat dalam kegiatan 'ulat' emas dan telefon pintar, melibatkan rampasan keseluruhan bernilai RM187,742.10.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penahanan suspek di Terminal 1 KLIA itu dibuat hasil kerjasama, risikan awal dan pemprofilan oleh Keselamatan Penerbangan (AVSEC).
"Antara barangan dirampas termasuk tiga barang kemas dianggarkan bernilai RM160,000, 12 telefon pintar pelbagai jenama bernilai RM22,700, wang tunai RM5,042.10 dan lima pasport antarabangsa milik warganegara Bangladesh," menurut kenyataan itu.
AKPS memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63, dengan tiga daripada suspek melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, manakala seorang lagi di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit sah.
Laporan polis telah dibuat dan semua suspek diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen (JIM) Selangor untuk siasatan lanjut dan pendakwaan.
"Kejayaan operasi itu membuktikan keberkesanan kerjasama antara pasukan keselamatan di pintu masuk negara dalam membanteras penyeludupan dan menyekat kemasukan elemen yang boleh mengancam keselamatan serta kedaulatan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#lelaki bangladesh
#ulat emas
#ulat telefon pintar
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan