awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran

Bernama
Bernama
07/03/2025
12:53 MYT
Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran
Mangsa dikatakan cuba melarikan diri, namun dikejar suspek yang kemudian menetaknya beberapa kali pada bahagian kepala, tangan dan badan sebelum rebah. - Bernama
TASEK GELUGOR: Polis sedang mengesan empat lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes menyerang dan menetak seorang lelaki warga Myanmar hingga maut di sebuah restoran di Taman Sepadu Jaya, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki tempatan pada 3.20 pagi memaklumkan empat lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang telah menyerang seorang lelaki Myanmar, yang juga pekerja restoran terbabit.
"Siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.
"Suspek kemudian turun dari kenderaan dan terus menyerang mangsa yang ketika itu sedang bekerja di restoran itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa dikatakan cuba melarikan diri, namun dikejar suspek yang kemudian menetaknya beberapa kali pada bahagian kepala, tangan dan badan sebelum rebah.
Anuar berkata kesemua suspek melarikan diri menggunakan kenderaan sama, manakala pegawai perubatan Hospital Kepala Batas (HKB) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa yang berusia 38 tahun telah meninggal dunia akibat kecederaan parah.
"Terdapat kesan tetakan pada bahagian lengan belakang tangan kanan, kepala dan beberapa kesan luka di bahagian belakang badan si mati," katanya
Mayat dibawa ke Jabatan Forensik HKB untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Shuheri Abdul Rani menerusi talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes serangan
#Tetak
#warga Myanmar maut
#polis
#tasek gelugor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan