BALIK PULAU: Empat lelaki ditahan selepas disyaki dijadikan keldai akaun oleh sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 25 hingga 48 tahun itu ditahan di negeri ini dan Perak pada Isnin.
Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya.
"Dua tangkapan dibuat di Perak iaitu Taiping dan Bagan Serai, manakala dua lagi di Batu Maung dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
"Mereka dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini pada Isnin.
Kamarul Rizal berkata, siasatan awal mendapati jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa adalah antara RM13,000 hingga RM400,000.
"Semua tangkapan dilakukan melibatkan kes yang dilaporkan pada tahun 2019 hingga 2022. Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara (sambilan), Macau Scam dan sebagainya," katanya.
Selain itu, beliau meminta orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau memuat turun di Aplikasi Google Play Semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 19 2022

Empat lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes keldai akaun pada Isnin. - Foto Sinar Harian

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Polis tahan tiga wanita disyaki keldai akaun sindiket penipuan
Polis daerah Barat Daya menahan tiga wanita kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan bagi penghantaran barang, pelaburan mata wang asing tidak wujud dan menyamar sebagai rakan.

Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja
Dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Polis Pulau Pinang tahan lima keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi "keldai akaun" oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan serta pinjaman wang tidak wujud dalam talian,.

Tiga ditahan disyaki keldai akaun
Tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan.

Keldai akaun punca 'scammer' bermaharajalela
Keadaan itu berlaku apabila pemilik asal akaun bank berkenaan bertindak menyerahkan butiran kepada pihak ketiga kerana didorong dengan bayaran dan sebagainya.

Polis tahan empat wanita, seorang lelaki disyaki jadi keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat wanita dan seorang lelaki yang disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM132,580 dalam serbuan sekitar Perak semalam.

Empat lelaki ditahan bantu kes keldai akaun
Mereka dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam.

Sindiket penipuan guna keldai akaun di Melaka meningkat, catat RM12.3 juta
Antara punca peningkatan kes ialah kurang pendedahan terhadap jenayah melibatkan transaksi kewangan dan desakan hidup.

1,364 keldai akaun ditahan di Selangor
Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu.

Sindiket 'keldai akaun': Sepasang kekasih antara tujuh ditahan
Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas beberapa siri serbuan dalam operasi akaun palsu dilakukan Melaka dan Selangor pada 4 dan 5 Januari lalu.