awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh

Bernama
Bernama
12/09/2021
14:32 MYT
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh
Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Sungai Pelek, di sini, semalam. - Gambar hiasan
SEPANG: Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Sungai Pelek, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua mereka yang berusia 25 hingga 33 tahun itu ditahan di Ladang Sepang, di sini pada 9.30 pagi tadi.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada teman wanita mangsa dengan menyatakan mangsa yang berusia 45 tahun telah ditetak di hadapan rumahnya, kira-kira 11.30 malam.
"Semasa mangsa berada di luar rumah kerana mahu muntah selepas mengambil sedikit minuman beralkohol, tiba-tiba datang sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah.
"Dua suspek keluar dari kereta itu dengan seorang daripadanya bertindak menetak mangsa di belakang badan dan kepala manakala seorang lagi memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum melarikan diri dengan kenderaan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata mangsa yang parah telah dibawa ke Hospital Putrajaya dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Beliau berkata pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan sebilah parang berhulu merah, topi keledar dan kesan darah di atas lantai.
Katanya selain penahanan keempat-empat lelaki itu, pihaknya turut merampas sebuah Proton Iswara dan Perodua Bezza serta empat telefon bimbit.
Siasatan awal mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau dan kesemuanya kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Sungai Pelek
#Polis Daerah Sepang
#ditahan
#Ladang Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan