awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia
JKKP Johor arah siasatan dalaman insiden kematian operator kren menara
‘Lisa Effect’ cetus fenomena, Tasik Teratai Merah dibanjiri ribuan pelancong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes samun warga asing

Bernama
Bernama
26/10/2025
14:07 MYT
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes samun warga asing
Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata terhadap seorang warga Bangladesh di Subang Jaya, semalam. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata terhadap seorang warga Bangladesh di Subang Jaya, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata tangkapan terhadap empat warga tempatan berumur 26 hingga 30 tahun itu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dilaporkan.
"Mangsa seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh disamun oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di hadapan sebuah rumah di Subang Jaya dan suspek telah melarikan barangan peribadi seperti telefon bimbit, wang tunai serta sebuah kereta jenis Honda City," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Azlan berkata hasil maklumat dan tindakan pantas polis membawa kepada penahanan semua suspek di sekitar Kajang dengan wang tunai, telefon bimbit serta kenderaan yang dilarikan berjaya dirampas.
"Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah harta benda dan dadah," katanya.
Beliau berkata mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes samun
#warga asing
#Polis Daerah Subang Jaya
#warga Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan