MALAYSIA
Empat lelaki ditahan, bunga ganja bernilai RM3.72 juta dirampas

JSJN Pulau Pinang mempamerkan rampasan dadah dianggarkan seberat 112.1 kilogram bernilai RM3.72 juta semasa sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini. - Bernama
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan merampas 112.1 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM3.72 juta dalam dua serbuan di Bukit Mertajam.
Ringkasan AI
- Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki termasuk seorang warga Vietnam dan merampas 112.1kg bunga ganja bernilai RM3.72 juta dalam dua serbuan di Bukit Mertajam, dipercayai melibatkan sindiket dadah antarabangsa.
- Serbuan membawa kepada penemuan stor penyimpanan dadah di sebuah inap desa yang disewa sejak minggu lepas, dengan rampasan dadah yang boleh digunakan oleh kira-kira 230,000 penagih.
- Tiga suspek tempatan positif dadah dan mempunyai rekod jenayah, manakala kesemua suspek direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Polis kemudiannya menahan lelaki Vietnam di Seberang Jaya yang membawa kepada serbuan di sebuah inap desa di kawasan sama yang dijadikan stor penyimpanan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Alwi berkata pemeriksaan di rumah itu menemukan 105 bungkusan bunga ganja seberat 97.7kg dan siasatan mendapati sindiket berkenaan menyewa inap desa jenis kondominium itu sejak minggu lepas.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan bunga ganja daripada rangkaian sindiket dadah antarabangsa di negara jiran sebelum menyeludup masuk ke negara ini menggunakan jalan darat untuk diedarkan ke sekitar negeri ini serta Kuala Lumpur.
Mohd Alwi berkata hasil risikan mendapati sindiket berkenaan mula aktif sejak Mac lepas dan polis sedang giat mengesan dalang utama dengan kesemua dadah dirampas itu boleh digunakan kira-kira 230,000 penagih.
"Polis turut menyita wang tunai RM1,300 dan tiga kenderaan iaitu Toyota Alphard, Honda City serta motosikal Yamaha Y16ZR yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM199,300.
"Tiga lelaki tempatan yang ditahan itu positif dadah dan mereka mempunyai tujuh hingga 13 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah," katanya dan memaklumkan kesemua mereka direman tujuh hari hingga 29 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami