KUALA LUMPUR:Polis menahan empat suspek disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang.
"Terdapat tiga kereta yang ditinggalkan suspek/mangsa di tempat kejadian. Dua orang mangsa kini sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.
"Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Kesemua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Kajang bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejadian pergaduhan itu turut tular menerusi sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang telah mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes, boleh menghubungi mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi.

Pak Lah sihat, masih seperti dahulu - Reezal Merican
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata demikian, selepas menziarahi Abdullah, atau lebih mesra disapa Pak Lah, di rumahnya semalam.

68 notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada peniaga ayam di Kelantan
Notis itu dikeluarkan sejak 14 April hingga 21 April kepada peniaga dan mereka perlu menjawab dalam tempoh antara tiga hingga tujuh hari.

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut
BBP Jasin menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

SIC tidak berhasrat hukum komuniti perlumbaan drag
Azhan berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada SOP.

17 pekerja di asrama di Singapura dijangkiti semula COVID-19
Kes-kes itu dikaitkan dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang tinggal di asrama berkenaan dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 19 April.

BPMB lantik Nazir Razak sebagai pengerusi baharu
Beliau menggantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan yang bersara pada Februari 2021 selepas berkhidmat selama dua tahun.

COVID-19 | Rakyat Amerika dinasihat tidak memasuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia. Saranan itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularan di negara ini berada pada tahap tertinggi.

Hari Bumi 2021 | Tingkat kesedaran dalam menjaga bumi
Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim.

Hari Bumi 2021 | Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.

COVID-19 | Johor tutup tiga lagi sekolah
Johor menutup tiga lagi sekolah pada Khamis. Ia menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri itu akibat penularan wabak COVID-19 sebanyak 20 sekolah.

Empat lelaki ditahan gaduh di restoran Cheras
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana pada 9 April lepas.

Polis kesan individu gaduh depan hospital
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kejadian berkenaan dikesan berdasarkan sebuah video berdurasi 14 saat yang tular.

Bukan berebut sudu atau martabak, ini rupanya punca pergaduhan di kedai makan
Lelaki tersebut dilihat menjerit menyebabkan wanita berkenaan mula menamparnya sebelum tercetus pergaduhan.

Suspek tetak rakan suka bazir air ditahan
Lelaki itu, berjaya diberkas kira-kira jam 4 petang, ketika bersembunyi dibawah timbunan pelepah kelapa sawit.

Gaduh angkara vape: Polis tahan 16 lelaki
Kes dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik.

Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
Pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya.

Kes pukul tular: Pemandu teksi warga emas, penunggang motosikal ditahan
Apabila pergaduhan mulut berakhir menjadi insiden memukul.

Kluster Jalan Green di Sarawak dikesan susulan pergaduhan pada Hari Kekasih
Kluster Jalan Green telah menyebabkan seramai 130 anggota polis dikuarantin.

Kerana seorang wanita, sembilan lelaki ditahan polis Kuching
Gara-gara seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap selepas terlibat dalam pergaduhan di hadapan Chong Lin Plaza, di Jalan Green pada Ahad.

Empat lelaki ditahan terlibat dalam pergaduhan di Cheras
Polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang.