awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat aktiviti perjudian

Bernama
Bernama
22/12/2024
12:15 MYT
Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat aktiviti perjudian
Empat lelaki tempatan termasuk warga emas ditahan selepas disyaki terbabit aktiviti perjudian penjualan loteri awam tanpa lesen dalam serbuan di empat lokasi berasingan di Bagan Datuk semalam. - Foto hiasan
IPOH: Empat lelaki tempatan termasuk warga emas ditahan selepas disyaki terbabit aktiviti perjudian penjualan loteri awam tanpa lesen dalam serbuan di empat lokasi berasingan di Bagan Datuk semalam.
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Supt Mohammad Ali Mohd Jali berkata dalam serbuan bermula 4.30 petang hingga 6.45 petang itu, membawa kepada penahanan empat lelaki terbabit yang berusia antara 32 tahun hingga 62 tahun.
Beliau berkata pihak polis juga berjaya merampas telefon bimbit serta pencetak mini mudah alih.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM200,000 atau lima tahun penjara jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehingga kini seramai 51 individu berjaya ditahan membabitkan kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka dalam 39 serbuan di sekitar daerah Bagan Datuk sepanjang Jun hingga Disember 2024.
Mohammad Ali berkata pihak polis berjaya merampas wang tunai hasil perjudian melebihi RM9,000 sepanjang serbuan dilakukan.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bagan Datuk memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian haram dan menyeru orang awam menyalurkan sebarang maklumat untuk tindakan pembanterasan segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki ditahan
#aktiviti perjudian
#Bagan Datuk
#loteri awam tanpa lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan