MALAYSIA
Empat lelaki terkandas di Gunung Jerai diselamatkan
Kesemua mangsa yang terkandas ketika mendaki Gunung Jerai semalam berjaya dikesan pada jam 4.30 pagi ini dan diturunkan dengan bantuan bomba dalam keadaan selamat. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Empat lelaki yang terkandas ketika mendaki Gunung Jerai semalam berjaya ditemukan dengan selamat awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima tiga laporan daripada keluarga mangsa sekitar jam 9 malam tadi, susulan mereka mereka gagal dihubungi selepas seharian keluar mendaki.
Menurutnya, mangsa terdiri daripada Mohd Syafiq Asraf Said, 32 tahun, dari Taman Desa Aman Sungai Lalang, Mohd Asraf Rosni, 34 tahun, dari Taman Kelisa Ria, Muhamad Aiman Norazam, 26 tahun, dari Taman Seri Bayu dan Muhamad Zulfahmi Zulkefli, 25 tahun, dari Kampung Gunung Jeli, Kelantan.
“Mereka dilaporkan memulakan pendakian melalui Hutan Lipur Tupah pada jam 6.30 pagi namun gagal dihubungi selepas jam 7 malam.
"Keluarga yang bimbang telah membuat laporan polis berhubung kejadian,” kata Hanyan dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat digerakkan bersama pasukan bomba bermula jam 10.47 malam di Loji Rawatan Air Syarikat Air Darul Aman Tupah.
"Kesemua mangsa berjaya dikesan pada jam 4.30 pagi dan diturunkan dengan bantuan pasukan bomba dalam keadaan selamat," katanya.
Hanyan berkata, semua mangsa kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas pemeriksaan kesihatan.