awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki termasuk dua beradik dipenjara 20 tahun

Bernama
Bernama
31/05/2017
09:53 MYT
Empat lelaki termasuk dua beradik dipenjara 20 tahun
Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh R. Tharmaraja, 32, kira-kira pukul 9 malam, pada 12 April 2014 di Pelangi Damansara PJU 6, Petaling Jaya. - Gambar hiasan
Empat lelaki termasuk dua beradik dihukum penjara 20 tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat ke atas seorang individu, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Aingaran, 30; adiknya, M. Balasubramaniam, 28; serta dua lelaki lain, M. Peerarasu dan P. Anbearasan, masing-masing berusia 31.
Beliau memutuskan sedemikian selepas meminda pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.
Mengikut pertuduhan asal, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh R. Tharmaraja, 32, kira-kira pukul 9 malam, pada 12 April 2014 di Pelangi Damansara PJU 6, Petaling Jaya dekat sini.
Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata kematian Tharmaraja adalah disebabkan provokasi yang ditimbulkannya sendiri selain pergaduhan serta cabar mencabar antara tertuduh dengan mangsa.
"Kamu seharusnya bersyukur kerana tidak dijatuhkan hukuman di bawah seksyen asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Saya harap hukuman ini menyediakan ruang kepada kamu untuk ubah sikap dan tatacara hidup.
Kesemua hukuman berkuat kuasa dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap iaitu Aingaran pada 16 April 2014, manakala Balasubramaniam, Peerarasu dan Anbearasan masing-masing pada 20 Mei 2014.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar, sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Gurbachan Singh.
Seramai 19 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua beradik
#kematian tanpa niat
#Mahkamah Tinggi
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan