awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat loji rawatan air dihenti tugas susulan pencemaran minyak diesel

Bernama
Bernama
21/07/2019
22:18 MYT
Empat loji rawatan air dihenti tugas susulan pencemaran minyak diesel
Abdul Raof Ahmad berkata susulan itu, LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada pukul 6.00 petang tadi, disusuli LRA SP3 pada pukul 8.00 malam serta LRA SSP1 dan LRA SSP2 pada pukul 8.15 malam Ahad. - Gambar Sinar Harian
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan bahawa pencemaran minyak diesel dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3) dan LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi syarikat itu, Abdul Raof Ahmad berkata susulan itu, LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada pukul 6.00 petang Ahad, disusuli LRA SP3 pada pukul 8.00 malam serta LRA SSP1 dan LRA SSP2 pada pukul 8.15 malam Ahad.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata punca pencemaran ialah aktiviti pengorekan pasir di hulu sungai dan insiden itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Ini insiden kedua dalam tempoh tiga hari melibatkan penutupan keempat-empat loji rawatan air utama dan menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan," kata Abdul Raof, merujuk kepada tindakan serupa yang diambil pada Jumaat lalu susulan pencemaran bau.
Beliau berkata pihak Air Selangor tidak dapat memastikan jangka masa pemulihan sekiranya insiden pencemaran sumber air mentah kembali berulang.
"Kami berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden seperti yang berlaku hari ini," katanya.
Pada Jumaat lalu, 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terjejas dengan gangguan air tidak berjadual susulan insiden pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor.
Dalam kenyataan siang tadi, Air Selangor memberitahu ia menyasarkan pemulihan bekalan 100 peratus di semua kawasan terjejas menjelang tengah malam hari Isnin (22 Julai) sebelum ia mengeluarkan kenyataan berasingan berhubung henti tugas keempat-empat LRA berkenaan kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Raof Ahmad
#Air Selangor
#loji rawatan air
#LRA Rantau Panjang
#LRA Sungai Selangor
#pencemaran minyak diesel
#Rantau Panjang
#Sungai Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan