NATIONAL

Empat maut dalam kemalangan di Ranau

Ridzal Abdullah 17/05/2018 | 13:17 MYT
Kemalangan di Kampung Meringkan Jalan Ranau-Telupid pada petang Khamis. - Astro AWANI
Empat maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan jenis Proton Saga bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Meringkan Jalan Ranau-Telupid pada petang Khamis.

Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang.

Setibanya di lokasi kemalangan, sebuah jentera Bomba bersama lapan orang anggota mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit.

Bas ekspres yang membawa 28 penumpang dari Semporna menuju ke Kota Kinabalu telah bertembung dengan Proton tersebut di satu selekoh.

Keadaan Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan terbabit. - Astro AWANI

Pihak Bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dan memastikan tiada sebarang risiko merbahaya kepada pengguna jalan raya lain pada jam 4 petang.

Kesemua mangsa yang maut diserah kepada polis dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat manakala dua lagi yang cedera masih dirawat.



#bas ekspres #Bomba Sabah #kemalangan #kemalangan maut #Kota Kinabalu #Proton Saga #Ranau #Semporna