Empat maut dalam runtuhan gunung berapi di Ecuador

Bernama
Oktober 25, 2021 05:05 MYT
Akses ke Rizab Penghasilan Fauna Chimborazo, yang mengelilingi gunung berapi itu, telah ditutup. - Foto Sinar Harian
QUITO: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh pada Ahad dalam kejadian runtuhan salji di gunung berapi Chimborazo di tengah Ecuador, menurut Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu ECU 911 negara itu.
Runtuhan itu menimpa sekumpulan 12 pendaki yang sedang mendaki gunung itu pada ketinggian kira-kira 6,100 meter, kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Selepas kejadian itu dilaporkan pada 06.30 waktu tempatan (1130 GMT), Kumpulan Gerak Khas Polis Nasional, jabatan bomba tempatan dan sebuah helikopter polis dihantar untuk menyelamatkan para pendaki, yang kewarganegaraannya belum didedahkan, menurut Xinhua.
Akses ke Rizab Penghasilan Fauna Chimborazo, yang mengelilingi gunung berapi itu, telah ditutup.
Chimborazo adalah gunung berapi dan gunung tertinggi di Ecuador, dengan ketinggian 6,263 meter dari paras laut. Puncaknya yang dilitupi salji adalah puncak popular dalam kalangan pendaki tempatan dan asing.
-- BERNAMA
#gunung berapi #Runtuhan salji #Chimborazo #Ecuador