MALAYSIA
Empat maut termasuk dua kanak-kanak dalam nahas di Felda Chiku Satu

Impak perlanggaran menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan dan kematian serta-merta ke atas empat penumpang. - Foto JBPM Kelantan
GUA MUSANG: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak dilaporkan maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta dan treler di Jalan Utama Felda Chiku Satu, laluan Gua Musang–Kota Bharu, pagi tadi.
Ringkasan AI
- Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut di lokasi kejadian, selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan treler tanpa muatan di laluan Gua MusangKota Bharu.
- Pemandu kereta cedera parah dan dihantar ke Hospital Gua Musang, manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
- Kemalangan berlaku sekitar jam 9.15 pagi, dengan pasukan bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi untuk operasi bantuan dan kawalan lalu lintas.
Pemandu kereta, seorang wanita, mengalami kecederaan parah dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Difahamkan, kereta yang dipandu wanita berkenaan bertembung dengan treler yang tidak membawa muatan ketika melalui jalan utama berbukit di kawasan Felda Chiku Satu.
Impak perlanggaran menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan dan kematian serta-merta ke atas empat penumpang.
Pihak bomba dan pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi untuk membantu operasi menyelamat dan mengawal lalu lintas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami