KOTA TINGGI: Empat mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di sekitar perairan Johor Timur, dalam tempoh masa 48 jam sejak kelmarin.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor melaporkan bahawa kesemua mayat itu ditemukan secara berasingan, di lokasi berbeza sekitar perairan terbabit.
Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, pada kelmarin dua mayat ditemui terapung oleh nelayan tempatan di perairan Pulau Lima, masing-masing pada jam 12.50 tengah hari dan 1.10 petang.
Katanya dua mayat ini telah dinaikkan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Musoh pada jam 4.30 petang Selasa.
"Manakala pada jam 10.30 pagi semalam, maklumat pertama diterima daripada pemancing yang menemui satu mayat terapung di kedudukan 8.6 batu nautika timur laut Tanjung Balau, aset digerakkan ke lokasi bagi proses mengambil mayat.
"Seterusnya, pada jam 12.40 tengahari, satu lagi mayat ditemui oleh nelayan tempatan di kedudukan 16 batu nautika timur laut Tanjung Sedili Besar.
"Kemungkinan ada berlaku bot karam namun sehingga hari ini, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru (JB) atau mana-mana balai polis belum menerima sebarang aduan orang hilang di laut.
"MRSC JB juga telah bertanya kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, dan mereka memaklumkan juga tiada dilaporkan orang hilang setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd Najib, kesemua mayat yang disyaki warga asing itu telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta melaporkan terus kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07 - 2199401, yang beroperasi secara 24 jam.
Muhammad Aiman Hakeem
Thu Jun 16 2022

Mayat lelaki tanpa identiti yang dikesan di sekitar perairan Johor Timur. - Foto ihsan APMM

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Kejohanan Thanh Nien: Malaysia tewas di final
Malaysia berjaya ke final selepas meraih kemenangan ke atas Myanmar susulan dua perlawanan yang kurang memberangsangkan.

Mayat lelaki warga emas ditemukan terapung dalam tali air
Mayat seorang lelaki ditemukan lemas di dalam tali air di Jalan Kampung Pida 8, Jitra, hari ini.

Lelaki ditemui lemas di Tasik Empangan Bakun
Mangsa dikatakan hilang selepas bot yang dinaikinya terlanggar sebatang kayu yang tumbuh di dasar tasik.

Mayat wanita berbaju belang ditemukan terapung dalam sungai
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 1.18 petang.

Empat mayat misteri ditemui terapung di perairan Johor Timur
Kesemua mayat itu ditemukan secara berasingan, di lokasi berbeza sekitar perairan terbabit.

Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan terapung di laut kira-kira 7.0 batu nautika barat laut Pulau Bunting, dekat Yan.

Mayat warga asing ditemukan terapung dalam tali air
Polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Mayat terikat dalam guni: Ada kesan lebam di pipi dan kepala - Polis
Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul sebelum tangan dan kaki diikat serta disumbat di dalam guni sebelum dibuang di dalam sungai.

Mayat lelaki diikat kaki dan tangan ditemukan terapung dalam sungai
Mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki dan tangan diikat dan dimasukkan di dalam guni ditemukan terapung berhampiran pengkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu, hari ini.

Lelaki warga emas ditemukan lemas di Sungai Kedah
Sebaik menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.13 pagi sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja dikejarkan ke lokasi.

Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung
Mangsa berusia 54 tahun dipercayai masih dalam kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.30 petang.