MALAYSIA
Empat pekebun direman bantu siasatan kes bunuh di Sungai Kelantan
Empat pekebun sawit dan getah direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki pada 24 Ogos lalu. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Empat pekebun sawit dan getah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini pada 24 Ogos lalu.
Ringkasan AI
Perintah reman yang bermula pada Rabu hingga Selasa depan terhadap keempat-empat lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Tahanan reman tersebut bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, keempat-empat suspek tiba untuk prosiding reman di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.40 pagi dengan menaiki trak polis.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa polis mendedahkan hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Istana Kota Lama mempunyai kesan luka hirisan pada lehernya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 12.15 pagi Isnin. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Empat pekebun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Kelantan pada 24 Ogos.
- Mangsa dipercayai dibunuh, berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan luka hirisan pada leher.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan semua suspek hadir ke mahkamah dengan kawalan ketat pihak polis.