Empat pemimpin utama PH tinggalkan kediaman PM

Harits Asyraf Hasnan
Februari 24, 2020 05:09 MYT
Pintu masuk ke kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan menjadi tumpuan media pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Setelah hampir dua jam bermesyuarat, semua empat pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini.
Konvoi yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu meninggalkan kediaman tersebut sekitar jam 12.23 tengah hari melalui pintu A.
Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng keluar melalui Pintu B sekitar jam 12.16 tengah hari.
Difahamkan Anwar dan Wan Azizah ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpimpinan Pusat.
Sementara Guan Eng pula menuju ke Ibu Pejabat DAP di ibu negara juga untuk bermesyuarat.
#Anwar Ibrahim #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #Mohamad Sabu #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #PKR #Wan Azizah Wan Ismail