awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat polis bebas tuduhan bunuh tahanan lokap

Bernama
Bernama
12/12/2014
14:31 MYT
Empat polis bebas tuduhan bunuh tahanan lokap
Mahkamah melepaskan dan membebaskan empat anggota polis daripada pertuduhan membunuh tahanan lokap, N. Dharmenderan, pada Mei tahun lepas. -Gambar fail
Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan empat anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor daripada pertuduhan membunuh tahanan lokap, N. Dharmenderan, pada Mei tahun lepas.
Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Inspektor Hare Krishnan, 41, Sarjan Jaffri Jaafar, 45, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 46, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 33.
Dalam penghakimannya, Hakim Kamardin berkata pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan keadaan yang tidak menjurus secara konklusif kepada kesalahan membunuh.
Beliau berkata tiada keterangan keadaan yang menunjukkan motif kesemua tertuduh untuk membunuh Dharmenderan dan pertuduhan niat bersama juga gagal dibuktikan.
"Tiada perbuatan dan keterangan kukuh secara langsung untuk membuktikan tertuduh secara fizikal menyerang si mati.
"Keterangan oleh pakar sains forensik atau pakar patalogi menyatakan bahawa kecederaan yang membawa kematian si mati adalah berusia tiga hingga empat hari adalah tidak selaras dengan pertuduhan dikemukakan," katanya.
Anggota keluarga dan rakan keempat-empat tertuduh yang memenuhi ruang mahkamah sejak awal prosiding bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan sejurus penghakiman selesai dibacakan Hakim Kamardin.
"Oleh itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh daripada pertuduhan itu tanpa memanggil mereka membela diri," katanya.
Seramai 58 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu yang bermula 17 Feb lepas.
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Dharmenderan, 32, di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL), Jalan Hang Tuah, antara 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang pada 21 Mei tahun lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail, manakala Krishnan diwakili peguam M. Athimulan, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu mewakili Mohd Nahar, peguam Datuk Hazman Ahmad mewakili Jaffri dan Mohd Haswadi diwakili peguam Ariff Azami Hussein.
Topic Berkaitan
#hare krishnan
#Jaffri Jaafar
#mahkamah
#Mohd Nahar Abd Rahman
#N. Dharmenderan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan