awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat PPS dibuka, banjir di Utara Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
11/01/2021
09:31 MYT
Empat PPS dibuka, banjir di Utara Sabah
Hujan lebat yang turun sejak malam Ahad dan berlarutan sehingga pagi Isnin telah menyebabkan banjir kilat di tiga daerah di Utara Sabah.
KUDAT:Hujan lebat yang turun sejak malam Ahad dan berlarutan sehingga pagi Isnin telah menyebabkan banjir kilat di tiga daerah di Utara Sabah.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Lt. Kol Mohd Izaimi Md Daud berkata, ia melibatkan daerah iaitu Kudat, Kota Marudu dan juga Pitas.
"Untuk ketiga-tiga daerah ini ada empat pusat pemindahan yang telah kita buka yang melibatkan mangsa seramai 71 orang dan masih ada penambahan lagi. Kampung yang terlibat ada 29 buah," ujar beliau.
Menurutnya lagi, empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka itu ialah SK Tun Mustapha, SK Taritipan, Dewan SMA Damai dan Dewan Kampung Asin-Asin.
"Buat masa sekarang, kami di pihak APM dan agensi-agensi lain seperti bomba, polis sedang berusaha untuk mengenal pasti tempat-tempat yang telah dinaiki air dan juga memastikan mangsa yang terjejas berpindah ke pusat-pusat pemindahan," katanya.
Terdahulu, dalam kenyataan media yang dikeluarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kudat hari ini, mendedahkan Jalan Tamalang, Jalan Airport dan jalan pusat bandar Kudat telah dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan kecil.
Sebanyak lima kampung turut dipantau termasuk Kg. Landung Ayang (banjir), Kg. Sri Aman (rumah hampir roboh), Kg. Air (tanah runtuh), Kg. Tanjung Kapor (pokok tumbang) dan Kg. Dampirit (tanah runtuh).
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Banjir Kudat
#APM Sabah
#Mohd Izaimi Md Daud
#Kudat
#Kota Marudu
#pitas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan