awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat PPS ditutup, bilangan mangsa banjir di Kedah berkurangan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/11/2021
09:54 MYT
Empat PPS ditutup, bilangan mangsa banjir di Kedah berkurangan
Empat PPS yang ditutup adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, PPS SK Convent, PPS SK Darul Hikmah dan PPS Simpang Kuala. - APM
ALOR SETAR: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar ditutup sepenuhnya hari ini hanya tinggal satu PPS dibuka yang menempatkan seramai 114 mangsa daripada 28 keluarga setakat jam 4 petang hari ini.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, empat PPS ditutup adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, PPS SK Convent, PPS SK Darul Hikmah dan PPS Simpang Kuala.
Beliau berkata, hanya PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di daerah itu masih aktif setakat ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa di empat PPS yang ditutup dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 2 petang tadi.
"Sementara itu, dua PPS di daerah Pendang iaitu di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah masih menempatkan seramai 170 mangsa daripada 43 keluarga manakala PPS di Dewan Cenderawasih menempatkan seramai 59 mangsa daripada 20 keluarga,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Muaz berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir di dua daerah kini seramai 343 mangsa daripada 91 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir kedah
#PPS
#Kota Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan