Skip to main content

Malaysia

Empat premis kendalian warga asing di Pulau Pinang diarah tutup

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan warga asing di sini ditutup dan pelbagai peralatan disita dalam Ops Tegas yang dijalankan semalam. - Foto Facebook MBPP
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan warga asing di sini ditutup dan pelbagai peralatan disita dalam Ops Tegas yang dijalankan semalam. - Foto Facebook MBPP

Advertisement

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan warga asing di sini ditutup dan pelbagai peralatan disita dalam Ops Tegas yang dijalankan semalam.

MBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua empat premis itu dikenakan tindakan berkenaan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Tindakan diambil terhadap dua premis gunting rambut di Jalan Gurdwara, sebuah premis makanan di Fortune Court, Air Itam dan sebuah premis perniagaan runcit di Jalan Datuk Keramat kerana kesemua premis tersebut dikendalikan oleh warga asing," menurut kenyataan itu.

MBPP memaklumkan notifikasi tindakan turut diserahkan kepada pengusaha, wakil atau pekerja premis terbabit dan pihaknya menegaskan bahawa setiap pengusaha bertanggungjawab memastikan perniagaan dijalankan dengan lesen yang sah serta mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan. 

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement