JASIN: Empat rakan termasuk sepasang suami isteri dituduh secara bersama di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan mengedar 99.26 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dan 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
Mohd Nor Fadzli Kamarudin, 38, Mohd Najib Jaafar, 44, serta pasangan suami isteri Muzairi Mustapa, 44, dan Rozita Ab Wahab, 41, menggangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan.
Bagi pertuduhan pertama, mereka dituduh mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 82.64 kg di sebuah rumah di Jalan Serkam, Taman Serkam Jaya, Merlimau di sini pada pukul 3 petang, 4 Jan lepas.
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengedar dadah jenis 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 16.62 kg pada tempat, masa dan tarikh yang sama.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Izuddin Said dan peguam Salim Bashir mewakili Mohd Nor Fadzli manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Tan Chai Wei menetapkan 14 Mac bagi sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
Empat rakan termasuk pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 99.26 kilogram (kg) pada awal bulan ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Pembunuhan Nur Anissa: 'Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku!'
Suasana tegang berlaku ketika sepasang suami isteri dibawa ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize.
Suami isteri didakwa cuai sebabkan anak perempuan positif dadah
Sepasang suami isterididakwa melakukan kecuaian terhadap anak perempuan mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu positif dadah.
Dua pasangan suami isteri didakwa simpan harta curi milik pempengaruh 'Kieda Crepe'
Dua pasangan suami isteri didakwa menyimpan harta rompakan milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe'.
Empat rakan termasuk pasangan suami isteri dituduh edar 99.26 kg dadah
Empat rakan termasuk sepasang suami isteri dituduh secara bersama atas dua pertuduhan mengedar 99.26 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dan 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).