awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat rakyat Malaysia diculik di perairan Sabah dibebaskan

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2016
03:16 MYT
Empat rakyat Malaysia diculik di perairan Sabah dibebaskan
Keempat-empat rakyat Malaysia dari Sarawak itu dibebaskan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan telah kembali ke Sandakan, Sabah, awal hari ini.
Empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 1 April, telah dibebaskan, lapor The Star Online pada Rabu.
Menurut laporan tersebut, keempat-empat kelasi dari Sarawak itu dibebaskan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan telah kembali ke Sandakan, Sabah, awal hari ini.
Memetik laporan dari Jolo, dipercayai bahawa perunding Malaysia dan Filipina berjaya mendapatkan pembebasan empat individu tersebut selepas beberapa siri rundingan.
Astro AWANI kini sedang cuba menghubungi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun bagi mendapatkan pengesahan.
BACA: Lanun bersenjata culik empat rakyat Malaysia di perairan Semporna, Sabah
BACA: Polis Sabah sahkan empat rakyat Malaysia diculik di perairan Ligitan Sabah
Keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.
Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#culik
#Ligitan
#Malaysia
#perairan Sabah
#Sarawak
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan