Skip to main content

Malaysia

Empat remaja lemas: Jasad mangsa kedua ditemui nelayan

Jasad Muhamad Thaqif Rayyan ditemui terapung oleh nelayan pada Khamis.
Mayat Muhamad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, dijumpai terapung jam 1.53 petang pada Khamis oleh nelayan kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa pertama dijumpai.
Advertisement

KOTA TINGGI: Jasad mangsa kedua dilaporkan hilang di Pantai Tanjung Lompat ditemui oleh nelayan kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa pertama.

Mayat Muhamad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, dijumpai terapung jam 1.53 petang pada Khamis oleh nelayan kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa pertama dijumpai.

Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Mohamed Shafiee Bakar berkata, mayat mangsa dibawa naik ke darat jam 2.51 petang bagi proses pengecaman oleh waris.

“Selepas disahkan waris, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, enam remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan lemas selepas mandi di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar sebelum dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

Operasi SAR yang diaktifkan sejurus kemudian berjaya menemui mangsa pertama, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul,16, dijumpai jam 1.15 petang pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian.

Radius pencarian pada Khamis diperluaskan ke dua batu nautika dan menerbangkan dua dron bagi mengesan tiga lagi mangsa yang berkemungkinan dihanyutkan ke pantai lain.

Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Muhamad Adib Haiman Fitri Supian. -Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement