awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sahabat didakwa sebabkan kematian pemuda tanpa niat

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2021
09:44 MYT
Empat sahabat didakwa sebabkan kematian pemuda tanpa niat
Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara bersama-sama menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Mohammad Amir Mat Yim yang berusia 29 tahun ketika kejadian. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Empat sahabat termasuk sepasang adik-beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pemuda tanpa niat.
Tertuduh Mohd Amizi, 40, dan adiknya Mohd Hafizol Berahim@Hassin, 35, bersama dua rakan mereka, Abdul Hakim Alias, 35, dan Mohd Fauzi Ismail, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara bersama-sama menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Mohammad Amir Mat Yim yang berusia 29 tahun ketika kejadian.
Kesalahan itu dilakukan pada 11 April 2015 sekitar jam 7 hingga 8 malam di kawasan Jalan Pantai, Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin.
Manakala mahkamah menetapkan 8 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selain itu mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berhampiran selain tidak dibenarkan menganggu saksi sepanjang prosiding berlangsung.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Hayat Muhamad dan Ahmad Syahmi Amran.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#bunuh
#pemuda
#Mahkamah Majistret
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan