Empat sekeluarga maut dalam nahas kereta, lori

Astro Awani
Februari 7, 2019 02:40 MYT
Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan lori dan dua kereta di Kilometer 55, Jalan Kluang-Kota Tinggi, pada Rabu malam. -Foto ihsan JBPM
Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan lori dan dua kereta di Kilometer 55, Jalan Kluang-Kota Tinggi, pada Rabu malam.
Dalam kejadian yang berlaku jam 12.33 malam itu, kesemua mangsa yang terkorban berada di dalam kereta Honda Civic, manakala pemandu Proton Saga pula hanya luka ringan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Firdaus Januri, 34, isteri Norlia Osman, 33, serta dua anak mereka Muhammad Adli, 6, dan Nur Dalili, 4, maut.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa bertembung dengan lori yang memasuki laluan mereka.
"Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan oleh pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan seterusnya memasuki laluan bertentangan.
"Ekoran itu, menyebabkan pertembungan secara berhadapan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Kata Ahsmon, kesemua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala pemandu lori berusia 30an akan direman untuk saringan ujian air kencing dan siasatan lanjut.
#ahsmon bajah #Honda Civic #kemalangan #Kilometer 55 #Kota Tinggi #Mohd Firdaus Januri #Muhammad Adli #Norlia Osman