awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sekeluarga maut kereta bertembung lori

Bernama
Bernama
31/03/2015
09:24 MYT
Empat sekeluarga maut kereta bertembung lori
Mangsa sekeluarga maut apabila kerata yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat.
Empat sekeluarga maut selepas kereta Proton Waja yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, Rompin, awal pagi tadi.
Mangsa yang maut dalam kejadian pada 5.35 pagi itu ialah pemandu kereta berkenaan, Rohaizan Paimon, 38, isterinya, Sallyza Hakim Lokma Nulhakim, 32, serta dua anak mereka, Nur Allysha Adrieanna Hakim, 6, dan Muhammad Nur Irfan Danish, 4 tahun.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Kejadian berlaku semasa empat beranak yang berasal dari perumahan Kampung Kerang Darat, Jalan Kuantan By-Pass dekat sini dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu Rohaizan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lau bertembung dengan lori tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, keadaan di tempat kejadian agak berselekoh dan sedikit berbukit dan polis kini sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#keluarga
#kemalangan
#Kuantan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan