Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini

Azyyati Ahmad
Mac 28, 2016 07:32 MYT
Empat stesen berkenaan adalah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri. - Foto Astro AWANI
Empat stesen baharu transit aliran ringan (LRT) di bandar Puchong akan mula beroperasi pada 31 Mac ini.
Ini menjadikan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) setakat ini telah membuka lapan daripada 11 stesen di bawah Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP) Ampang yang dibina serentak dengan sambungan laluan Kelana Jaya.
Empat stesen berkenaan adalah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri.
Selain tempat letak kereta 'park and ride', ketiga-tiga stesen ini mempunyai kemudahan tempat letak khas yang disediakan bagi 20 basikal.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz tiga lagi stesen iaitu Puchong Perdana, Puchong Prima dan Putra Heights serta 12 stesen baru di bawah laluan Kelana Jaya kini dalam fasa terakhir pembinaan.
“Kesemuanya sudah siap dibina tetapi memerlukan sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam memastikan ia siap bersama stesen sambungan Kelana Jaya pada akhir Jun tahun ini,” katanya yang ditemui selepas operasi khas Prasarana yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di Stesen IOI Puchong Jaya pada Isnin.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar turut hadir dalam operasi khas Stesen IOI Puchong Jaya - Foto Bernama
Lanjutan laluan Kelana Jaya yang baharu akan beroperasi dari stesen LRT Kelana Jaya melalui Lembah Subang, Ara Damansara, Subang Jaya dan USJ menghala ke Putra Heights.
Berita mengenai pembukaan empat stesen baharu ini turut mendapat sambutan positif dari kalangan pengguna.

yayyyy https://t.co/8CAEOmmqgT

— mëërä (@DmraRshd) March 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Woot! https://t.co/6GTF9p0PR0

— Zeluri Mazti (@iTzAmiruleZ) March 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Finally Puchong dah ada public transport!https://t.co/CFDBdzWCQh

— Fath (@FathiFauzi_) March 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untongla pas nie g ioi xyh drive https://t.co/3DeZvsVMfH

— Aisamuddin Yasak (@nak_ke_xnak) March 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagos https://t.co/lC5WyghFjc

— (@AishahShahida) March 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wow . This is . Finallyyyy . https://t.co/Sx2kGPGxFo

— N.L (@tokabahtabah) March 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, empat stesen iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 telah dibuka pada 31 Oktober 2015.
#Azmi Abdul Aziz #LRT #LRT Puchong #prasarana #Prasarana Malaysia Berhad