MALAYSIA
Empat stor barang tiruan di Jalan Petaling diserbu
Sindiket terbabit menyewa premis (stor) yang dimiliki oleh individu berlainan sebelum membahagikan kepada beberapa bahagian untuk meletakkan kesemua barangan tiruan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur menyerbu empat stor yang diubah suai untuk dijadikan tempat simpanan barangan tiruan dalam Op Putra 7.0 di Jalan Petaling di sini hari ini.
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata dalam serbuan bermula kira-kira 2 petang itu, lebih kurang 5,000 unit barangan pelbagai jenis termasuk kasut, beg tangan, dompet, selipar dan baju disyaki tiruan yang dianggarkan bernilai RM700,000 telah dirampas.
"Serbuan itu dilakukan hasil risikan selama dua minggu dengan kerjasama pemilik cap dagang dan siasatan awal mendapati sindiket terbabit menyewa premis (stor) yang dimiliki oleh individu berlainan sebelum membahagikan kepada beberapa bahagian untuk meletakkan kesemua barangan itu.
"Sindiket tersebut juga didapati menggaji pekerja warga asing untuk menjaga premis perniagaan terbabit selain sering memindahkan stor penyimpanan untuk mengelak kegaiatan mereka dikesan oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati barangan itu dijual secara fizikal dan dalam talian dengan harga antara RM80 hingga RM1,500 bergantung kepada jenis serta gred.
Mohd Sabri berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti pemilik serta kadar sewa premis tersebut dan percaya barangan tiruan itu dibawa masuk dari luar negara dan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019.
Sementara itu, beliau berkata sejak Op Putra dilancarkan pada 2023 sebanyak 54 kes direkodkan dengan sitaan barang melebihi 31,000 unit bernilai RM3.38 juta, selain sembilan tangkapan.
Beliau berkata KPDN Kuala Lumpur komited menjalankan usaha berterusan dalam memerangi penjualan barangan tiruan dan Malaysia kini telah dikeluarkan daripada laporan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) berkaitan isu tersebut.
"Pengguna juga diingatkan agar tidak menyokong barang tiruan ini kerana ia beri kesan tidak baik kepada industri perniagaan dalam negara," katanya.
-- BERNAMA